FAQ SARKAFA

Print PDF
There are no translations available.

Soal Jawab SAR KAFA

1

Apakah maksud SAR KAFA?

Sekolah Agama Rakyat yang menjalankan kurikulum KAFA

2

Apakah maksud KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain.

Kelas yang diwujudkan untuk menjalankan kurikulum KAFA yang digubal oleh JAKIM

3

Apakah maksud KAFA Integrasi

Kelas KAFA yang menggabungkan kurikulum JAKIM dan kurikulum Jabatan Agama Islam Negeri seperti KAFA Integrasi di Selangor, Perak dan Johor.

4

Apakah beza antara SARKAFA dengan Sekolah Rendah Agama (SRA)?

Secara umum, SARKAFA dikendalikan oleh masyarakat setempat manakala SRA dikelola oleh Kerajaan Negeri dari segi pembinaan bangunan, penyenggaraan, bayaran gaji dsb.

Biasanya SARKAFA mengenakan bayaran bulanan ke atas murid, manakala murid SRA hanya dikenakan yuran tahunan sahaja.

5

Wujudkah sekolah KAFA yang tidak dikendalikan oleh masyarakat setempat?

Wujud. Iaitu sekolah yang dikelolakan oleh orang perseorangan sebagai sebuah syarikat. Murid dikenakan yuran bulanan yang lebih mahal dari SARKAFA. Ringkasnya sebagai SARKAFA swasta.

6

Apakah beza antara SARKAFA ini dengan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang banyak terdapat di Kelantan contohnya?

SARKAFA hanya mengendalikan kurikulum KAFA yang dihadiri oleh murid Sekolah Kebangsaan sama ada pada sesi pagi atau petang.

Manakala SAR yang dimaksudkan adalah sekolah yang melaksanakan kurikulum KAFA atau agama atau tahfiz dan KBSR secara serentak. Muridnya tidak mengikuti pembelajaran di mana-mana Sekolah Kebangsaan.

7

Saya keliru dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) seperti terdapat di Selangor.

SRA ialah sekolah yang melaksanakan kurikulum KAFA dan dijalankan sama ada pada sesi pagi atau petang.

Manakala SRAI ialah sekolah kelolaan Kerajaan Negeri yang menggabungkan kurikulum KAFA dan KBSR. Sekolah ini beroperasi satu sesi sahaja dan muridnya tidak belajar di Sekolah Kebangsaan seperti murid SRA tadi.

8

Apakah KPM ada memberi bantuan kepada SARKAFA?

Ada

Tiga jenis bantuan;

1. Bantuan pengurusan

2. Bantuan pembangunan dan pembaikan kecil

3. Bantuan kursus

9

SARKAFA bukan sekolah KPM. Mengapa diberi bantuan?

1. Kewangan SARKAFA tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan elaun guru.

2. Sebilangan besar murid yang belajar di SARKAFA adalah murid-murid sekolah kebangsaan.

3. Kurikulum yang dilaksanakan di SARKAFA memperkukuhkan kurikulum kebangsaan.

10

Apakah maksud bantuan pengurusan dan objektifnya?

Bantuan Pengurusan merupakan sumbangan kewangan yang diperuntukkan untuk tujuan membayar elaun tambahan guru dan pengurusan pentadbiran sekolah. Perkiraan dibuat berasaskan bilangan murid iaitu RM60.00 seorang setahun dengan nisbah agihan sebanyak 70 peratus untuk elaun tambahan guru dan 30 peratus untuk pengurusan pentadbiran sekolah.

Objektif;

1. Mendorong guru-guru untuk lebih komited dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada murid-murid SARKAFA.

2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SARKAFA.

3. Membantu pengurusan SARKAFA.

11

Apakah maksud bantuan pembangunan dan objektifnya?

Bantuan pembangunan merupakan sumbangan KPM untuk membantu SARKAFA dalam pembangunan fizikal sekolah meliputi pembinaan bangunan dan pembaikan kecil.

Objektif;

1. Meningkatkan kualiti prasarana dan kemudahan fizikal di SAR KAFA dan SAR KAFA Integrasi;

2. Meringankan bebanan kewangan LPS dalam penyelenggaraan bangunan;

3. Mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran; dan

4. Meningkatkan keyakinan dan kesedaran masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut.

12

Apakah maksud bantuan kursus dan objektifnya?

Bantuan kursus merupakan sumbangan KPM untuk membantu SARKAFA dalam aspek pembangunan sumber manusia yang melibatkan para pentadbir dan guru. Ia meliputi aspek pengurusan personel, pentadbiran sekolah, kurikulum, kokurikulum dan lain-lain.

Objektif;

1. Untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan sekolah.

3. Untuk mempertingkatkan motivasi dan kecekapan diri pentadbir dan guru.

13

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan-bantuan ini?

Bantuan pengurusan – isi Borang SPI-SAR01.

Bantuan pembangunan – isi Borang BPI-SAR08.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk diperakukan dan dihantar secara berkelompok ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.

Mesyuarat di peringkat KPM akan menentukan kelulusan permohonan tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai SARKAFA di setiap JPN.

Bantuan Kursus;

Untuk memudahkan pengurusan dan supaya lebih selaras, permohonan hanya dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri sahaja dan dilaksanakan oleh JPN dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri.

14

Adakah murid lepas SARKAFA ini diberi sijil?

Ya.

Bagi sekolah yang menawarkan KAFA mereka akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun 5 dan memperolehi sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Bagi KAFA Integrasi, murid akan menduduki peperiksaan pada tahun 6 selepas UPSR dan sijil dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

15

Adakah sijil ini diiktiraf oleh mana-mana pihak?

Kebiasaannya murid yang memiliki sijil ada sedikit kelebihan untuk memasuki sekolah menengah agama terutama sekolah bagi negeri yang mengeluarkan sijil agama tersebut.

16

Bagaimanakah caranya untuk menubuhkan SARKAFA?

Permohonan perlu diajukan kepada Jabatan Agama Islam Negeri sebagai yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil pendaftaran SARKAFA. Sekolah ini tidak diselia oleh KPM.

17

Saya berminat untuk menjadi guru KAFA. Bagaimana caranya?

Sila berhubung dengan Jabatan Agama Islam Negeri untuk memohon jawatan tersebut. KPM tidak menguruskan pengambilan guru KAFA.

 

Links

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Pertanyaan Status Bayaran
Sistem Pengurusan Bantuan SAR KAFA
Portal Rasmi HRMIS
e-perolehan
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
MAMPU
MSC
Biro Pengaduan Awam
Sistem Pertukaran Guru
Your ad here

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras Bawah & Aras 2,
No. 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya, Selangor

Firman Allah / Hadis

"

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.

"

(An-Nisaa'i: ayat 10)